السلام عليكم. Selamat datang ke blog kelas 5 UIAM. watching our television

MAJLIS MUNAJAT KECEMERLANGAN PMR dan SPM 2011

السلام عليكم


Tarikh : 29 SEPMTEMBER 2011 / 1 ZULQAEDAH 1432H
Tempat : Masjid Tuanku Ja'afar, Taman Tuanku Ja'afar
Masa : 7.00 malam sehingga 9.30 malam
Jemputan khas : Imam Muda Abdul Fattah bin Riddzwan


Walaupun dijadualkan pada jam 7.00 malam, namun diatas semangat dan cita-cita yang tinggi untuk mendapatkan keberkatan para pelajar PMR dan SPM yang beragama Islam telah hadir untuk mendaftarkan diri sekitar jam 6.45 petang. Majlis ini disertai oleh semua ibu bapa para pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM, para pelajar sendiri dan guru-guru SMKTTJ ( pengetua tidak dapat hadir ). Selepas pendaftaran ibu bapa, guru-guru dan para pelajar dibuat, kami terus memasuki ke dalam perut masjid.


Sekitar jam 7.07 malam, seisi masjid menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Tuanku Jaafar. Usai solat maghrib, majlis diteruskan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Imam Masjid Tuanku Jaafar. Kemudian, majlis diteruskan dengan Solat Sunat Taubat, Solat sunat Hajat dan Solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Muda Fattah.


Majlis kemudian menjemput Imam Muda Fattah untuk menyampaikan tazkirah dan motivasi kecemerlangan. Pelbagai motivasi dan cara untuk mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu telah diajarkan kepada kami. Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kepada beliau kerana sudi untuk mengongsikan ilmu beliau kepada kami. Seterusnya, ucapan telah diberikan oleh Guru Penolong Kanan 1, Encik Akashah bin Ismail dan kemudian menyerahkan cenderahati kepada Imam Masjid Tuanku Jaafar dan Imam Muda Fattah atas kesudian mereka menghadiri majlis Munajat Kecemerlangan ini. Majlis diteruskan dengan menjamu sedikit jamuan yang telah disediakan oleh para guru SMKTTJ. Sekitar jam 9.30 malam majlis bersurai.


Kami, para pelajar 5 UIAM mengucapakan jutaan terima kasih kepada para guru SMKTTJ di atas pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk kami yang bakal menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami kerana sanggup melibatkan diri bagi menjayakan program sekolah. Kami akan cuba sedaya upaya untuk membanggakan ibu bapa kami dan sekolah demi mencapai straight A+ dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2011 yang akan diadakan pada 14 NOVEMBER 2011. Diharap doa daripada semua pihak akan mengiringi kami ke medan peperiksaan.






































                                         
                                                   


** Gambar diperoleh daripada Nurul Amirah Syahirah daripada kelas 5 UM. ( http://5universitimalaya2011smkttj.blogspot.com/ )
terima kasih kerana sudi membaca

No comments: