السلام عليكم. Selamat datang ke blog kelas 5 UIAM. watching our television

RESTU ILMU SEMPENA PMR dan SPM TAHUN 2011

السلام عليكم


Tarikh : 29 SEPTEMBER 2011
Dianjurkan oleh : Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama PIBG, Unit Penilaian dan Pepereiksaan, Jawatakuasa Kecemerlangan PMR dan SPM Sekolah Menengah Taman Tuanku Ja'afar Seremban.
Dirasmikan oleh : YB. Senator Dato' Mohammed Najeb bin Abdullah ( Ahli Senator Dewan Negara )
Jemputan khas : Ahmad Hazran bin Ahmad Kamal ( Imam Muda Aran )

Majlis ini bermula sekitar jam 7.30 pagi. Majlis dimulakan paluan kompang oleh peljar SMKTTJ untuk menyambut kehadiran jemputan khas pada pagi yang mulia itu, Imam Muda Aran. Majlis diterukan dengan ucapan daripada Imam Muda Aran. Pelbagai nasihat yang berguna telah diberikan kepada kami seisi warga sekolah. Nasihat-nasihat ini insyaAllah akan digunakan oleh kami, khususnya para pelajar 5 UIAM dan amnya kepada para pelajar yang akan menghadapi PMR pada 04 OKTOBER 2011 dan SPM pada 14 NOVEMBER 2011.

Majlis diteruskan dengan paluan kompang sekali lagi bagi mengalu-alukan kedatangan YB Senator Dato' Mohammed Najeb. Kemudian, bacaan doa telah dipimpin oleh Imam Muda Aran. Ucapan daripada Pengetua SMKTJJ, Tuan Omar bin Ahmad bagi mengalu-alukan kedatangan Imam Muda Aran dan YB Senator.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripan YB Senator Dato' Mohammed Najeb. Beliau telah berkaongsi sedikit sebanyak ilmu kepada seisi warga sekolah. Walaupun keadaan pada ketika itu agak panas, beliau tetap bersemangat memberi kami, warga SMKTTJ nasihat-nasihat dan motivasi. Selepas itu, majlis diteruskan dengan perasmian Restu Ilmu Sempena PMR dan SPM oleh YB Sentor.

Kemudian, majlis menjemput Pengetua SMKTTJ untuk menyampaikan sedikit cenderamata kepada jemputan kita, Imam Muda Aran diikuti dengan YB Senator . Kami merakamkan jutaan terime kasih atas kesudian Imam Muda Aran dan YB Senator kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama warga SMKTTJ.

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu para pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM bersalam bersama para guru. Pelajar lelaki akan bersalam dengan guru-guru lelaki manakala bagi pelajar perempuan akan bersalam dengan guru-guru perempuan. Guru, diharpakn engkau merestui segala ilmu yang telah dicurakan kepada kami. Kemudian, setiap pelajar akan mendapat satu set pensil 2B yang diberkan khas daripada UnitBimbingan dan Kaunseling. Majlis bersurai.

















** Gambar-gambar diperoleh dari http://lensasmkttj.blogspot.com/
terima kasih kerana sudi membaca

No comments: