السلام عليكم. Selamat datang ke blog kelas 5 UIAM. watching our television

3 Amalan Muslim Sejati

 السلام عليكم

Setiap waktu merupakan ladang pahala bagi setiap muslim. Oleh sebab itu, janganlah dilalui setiap detik waktu dengan sia-sia dan merugikan diri sendiri.

Isikanlah masa dengan tiga amalan yang agung di sisi Allah, amalan yang dicintaiNya, amalan yang akan mendekatkan diri kepadaNya, amalan yang akan menenangkan hati walau dimanapun kita berada.
[1] Perbanyak berzikir kepada-Nya

Allah ta’ala berfirman (yang bererti), “Ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku pun akan mengingati kamu.” (QS. al-Baqarah: 152).



Allah ta’ala berfirman (yang bererti), “Hai orang-orang yang beriman, ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya…” (QS. al-Ahzab: 41).

Allah ta’ala berfirman (yang bererti), “Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta dan anak-anak kamu melalaikan kamu dari mengingati Allah.” (QS. al-Munafiqun: 9).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah suatu kaum berkumpul seraya mengingati Allah, melainkan pasti malaikat akan menaungi mereka, rahmat meliputi mereka, ketenteraman turun kepada mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut nama mereka di hadapan malaikat yang di sisi-Nya.” (HR. Muslim)

[2] Tetaplah berdoa kepadaNya

Allah ta’ala berfirman (yang bererti), “Rabb kamu berfirman; Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku kabulkan. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri sehingga tidak mahu beribadah (berdoa) kepada-Ku pasti akan masuk neraka dalam keadaan hina.” (QS. Ghafir: 60).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tiada suatu urusan yang lebih mulia bagi Allah daripada doa.” (HR. al-Hakim).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang tidak berdoa kepada Allah subhanahuwataa'ala, maka Allah murka kepada dirinya.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Rabb kita tabaraka wa ta’ala setiap malam iaitu pada sepertiga malam terakhir turun ke langit terendah dan berfirman, ‘Siapakah yang mahu berdoa kepada-Ku niscaya Aku kabulkan, siapakah yang mahu meminta kepada-Ku nescaya Aku beri, siapa yang mau meminta keampunan kepada-Ku nescaya Aku ampuni.” (HR. Bukhari dan Muslim)

[3] Mohon ampunlah kepada-Nya

Allah ta’ala berfirman (yang bererti), “Tidaklah Allah akan menyeksa mereka sementara kamu berada di tengah-tengah mereka, dan tidaklah Allah akan menyeksa mereka sedangkan mereka selalu beristighfar/meminta ampunan.” (QS. al-Anfal: 33).

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya aku setiap hari meminta keampunan dan bertaubat kepada Allah lebih dari tujuh puluh kali.” (HR. Bukhari).

Oleh sebab itu marilah kita isi umur kita dengan zikir, doa, dan taubat kepadaNya. Mudah-mudahan kita termasuk golongan yang dicintaiNya, diampuni olehNya, dan mendapatkan rahmat dari-Nya…

"Tingkatkan Amalan, Tetapkan Keimanan"

Disunting dari sumber

terima kasih kerana sudi membaca

3 comments:

sarahh said...

Thanks for the info :)

http://ctsaraa.blogspot.com/2011/09/9109.html

Unknown said...

nice2...

5 uiam said...

thanks for the 'babbles' :)